891641867194_.pic

Impian saya–belajar di Beijing, belajar sukan

Topik

2022.03.27

Wartawan | Hoo Zi Ning, Song Yee Ting

Gambar | Lim Sin Yi

Susun atur | Sherlyn Chin Meijiun

Penterjemah | Chan Zi Qing

 

Lim Sin Yi

Beijing Sport University, Exercise and Sports Physiotherapy, Kelas 18, Sarjana Muda

Saya seorang atlet yang mahir dalam bola keranjang dan karate. Saya sangat meminati sukan. Setiap kali saya berasa tertekan, perasaan mandi peluh semasa bersenam merupakan suatu cara untuk melegakan saya.

Dulu, rancangan saya adalah untuk memohon Beijing Sport University (BSU) selepas menamatkan pelajaran di sekolah menengah. Tetapi, atas sebab-sebab tertentu, saya terjadi mengambil jurusan Pemasaran di sebuah universiti di Malaysia. Namun, saya tidak pernah berputus asa dengan impian saya untuk belajar di BSU. Oleh itu, selepas menamatkan pengajian di universiti tempatan, saya nekad membuat keputusan untuk memohon BSU, dengan harapan dapat merealisasikan impian asal saya.

Saya asalnya meminati bidang perubatan. Semasa saya memilih jurusan, saya menjumpai pilihan “Sports Rehabilitation Major”. Saya berfikir: “Rehabilitasi sukan? Mestilah mereka yang cedera yang perlu memulih.” Saya kemudiannya teringat bahawa semasa saya bersenam, kecederaan sebenarnya kerap berlaku. Kecederaan merupakan kesusahan yang perlu dilalui dan diharungi oleh setiap orang atlet. Saya pernah mendengar bahawa ramai atlet yang cemerlang memilih untuk meninggalkan kerjaya sukan mereka akibat kecederaan, kesian sangat. Sejak itu, saya ingin belajar tentang fisioterapi dan sukan. Bukan sahaja ini minat saya, ia juga membolehkan saya membantu orang lain!

Sebelum mempelajari rehabilitasi sukan, saya ingatkan rehabilitasi sukan lebih kurang sama dengan fisioterapi. Tetapi selepas itu, saya mendapat tahu bahawa skop fisioterapi sebenarnya sangat komprehensif, ia termasuk rehabilitasi warga emas, rehabilitasi wanita, rehabilitasi kanak-kanak, kardiopulmonari, tulang, saraf, dan lain-lain. Rehabilitasi sukan hanya satu bahagian fisioterapi. Rehabilitasi sukan terutamanya berdasarkan pemulihan kiropraktik dan rawatan dijalankan dalam cara sukan. Oleh itu, orang yang mempunyai asas yang baik dalam sukan ada kelebihan dalam mempelajari rehabilitasi sukan.

Skema pelajaran kami termasuk Matematik Lanjutan, Bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain, tetapi hanya pelajar Cina wajib mengambil subjek-subjek ini. Pada tahun pertama dan kedua, saya mempelajari lebih banyak tentang teori. Mulai daripada tahun ketiga pula, kursus amali semakin menambah. Tetapi malangnya, saya telah belajar secara dalam talian sejak semester kedua tahun kedua. Sebagai akibat, saya hanya dapat menyertai kelas praktikal melalui skrin. Memandangkan bahasa pengajaran BSU ialah bahasa Cina, saya sering mencari terjemahan istilah teknikal dalam bahasa Inggeris supaya dapat membantu mencari pekerjaan dengan lebih senang pada masa hadapan. 

Semasa saya di Beijing, saya pernah menyertai beberapa persatuan fisioterapi dan mengenali senior di situ. Saya bernasib baik mendapat peluang untuk mengikut kakak senior saya ke Pusat Rehabilitasi Pasukan Nasional Cina untuk membantu semasa percutian musim panas. Pada masa itu, saya perhatikan bahawa pemain pasukan kebangsaan itu tidak tahu banyak tentang kecederaan, apatah lagi bagaimana untuk pulih, dan saya benar-benar mahu membantu mereka. Selepas setiap rawatan, mereka sentiasa berterima kasih kepada saya dengan ikhlas dan mengatakan bahawa mereka berasa lebih baik selepas rawatan. Saya sentiasa terharu dan mendapatkan banyak inspirasi daripada mereka. Saya berasa sangat gembira menjadi “ahli rehabilitasi” dan membantu atlet.

Selepas pulang ke Malaysia, saya menyedari bahawa terdapat perbezaan antara rehabilitasi sukan di Beijing dan Malaysia. Menggunakan satu aspek sebagai contoh, BSU berpendapat bahawa rehabilitasi sukan adalah sama dengan fisioterapi. Walau bagaimanapun, Malaysia membuat perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Oleh itu, saya juga sedang berbincang dengan Persatuan Fisioterapi Malaysia untuk melihat sama ada mereka boleh memasukkan rehabilitasi sukan juga.

Oleh sebab jurusan rehabilitasi sukan tidak berapa popular, saya pernah ditanya, macam mana jika ibu bapa saya tidak bersetuju? Saya rasa, ini bergantung kepada sama ada anda benar-benar menyukai sukan dan ingin menceburi bidang sukan pada masa hadapan. Mungkin dalam stereotaip, anda hanya boleh menjadi seorang atlet atau jurulatih selepas belajar sukan. Malah, bidang sukan sebenarnya sangat luas, seperti peralatan sukan, peralatan sukan, data sukan, media sukan, pemulihan perubatan dan lain-lain, semuanya merupakan bahagian yang sangat diperlukan dalam bidang sukan. Jika anda pasti tentang apa yang anda mahukan, bekerja keras untuk mendapatkannya dan berusaha untuk mendapatkan kelulusan ibu bapa. Sokongan ibu bapa sentiasa sangat penting.

Jika ada junior yang meminati bidang rehabilitasi sukan, saya amat ingin berkongsi dengan tentang kefahaman masyarakat kami tentang bidang ini, ilmu yang telah saya pelajari dari Sukan Beijing, apa yang pasaran perlukan daripada bidang ini dan sebagainya, supaya mereka berpeluang untuk mendalami pengetahuan mereka tentang struktur dan hala tuju masa hadapan bidang ini. 

Bidang rehabilitasi sukan agak baru dan kurang bakat. Saya rasa, rehabilitasi sukan mungkin menjadi trend pada masa hadapan. Saya sentiasa bercita-cita untuk menjadi “ahli pemulihan”, dan seorang “ahli pemulihan” pasti akan tabah hati, dan menggunakan pengetahuan teori dan amali dia untuk membantu atlet-atlet.

Lembaga Pengarang Suara-suara Beijing, 2021

Disunting dan diterbitkan oleh | AMSIB

Penasihat | Phuah Chi Ching, Choong Chi Jiong, Lim Yu

Penyelaras | Sherlyn Chin Meijiun

Ketua Editor | Ng Sie Unn, Koo Jing Tang

Wartawan | Jaslyn Tan Boon Bin, Aden Tan Shen Yeh, Ho Ching Ling, Hoo Zi Ning, Ng Zi Wei, Kua Yee Shuen, Lee Jia Rong, Lim Qin Xuan, Song Yee Ting, Gan Jing Wen

Juru Gambar | Sharyl Chow Khye Shien, Chew Chen Yee

Editor Filem | Neoh Ke Wei, Ong Xiang Ying, Song Yee Ting

Editor Seni | Ong Xiang Ying, Tiu Ann Kei

Penterjemah | Chan Zi Qing, Tiu Ann Kei

Tuan Rumah | Aden Tan Shen Yeh, Kua Yee Shuen

Tinggalkan Balasan