Daripada menghantar resume kepada memasuki pekerjaan - berbual tentang perkara-perkara dalam perjalanan ke latihan

Topik

2022.01.20

Wartawan | Jaslyn Tan Boon Bin, Lim Qin Xuan

Gambar|Clara Tan, Tay Zeng Huy, Tham Yong Bao, Ng Yong Ru

Susun atur|Sherlyn Chin Meijiun

Penterjemah | Tiu Ann Kei

Guest

Clara Tan (陈筱暄)

Latar belakang pendidikan: Tsinghua University, International Relations, Tahun keempat

Pengalaman praktikal (intern) : Beliau mempunyai beberapa jawatan internship, seperti Penyelidikan Industri di firma sekuriti, Perancangan Strategik di firma perunding BCG dan syarikat internet Grab. Beliau juga pernah bekerja sebagai CIO di sebuah organisasi pengurusan hartanah. Kini, beliau bekerja sebagai Pelatih Undang-undang di firma guaman harta intelek di Hong Kong dan bertanggungjawab dalam menulis artikel undang-undang.

Tay Zeng Huy (戴增辉)

Latar belakang pendidikan: Tsinghua University, Electronic Engineering, Tahun keempat

Pengalaman praktikal (intern): Beliau pernah bekerja di gergasi teknologi Malaysia, Maxis sebagai Network Intern dan di Amazon Web Services sebagai Professional Services Intern. Semasa itu, beliau membangunkan sistem automatik untuk meningkatkan efisiensi komunikasi antara jabatan-jabatan dan membuat templat data visual dengan teknologi business intelligence.

Tham Yong Bao (谭涌宝)

Latar belakang pendidikan: Peking University, Guanghua School of Management, Marketing, Tahun ketiga

Pengalaman praktikal (intern): Beliau sebelum ini telah berkhidmat di syarikat media terkenal iQIYI cawangan Malaysia selama lebih sepenggal. Selain daripada mengendalikan kerja pentadbiran, beliau juga bertanggungjawab untuk memikirkan kedudukan pasaran di Malaysia untuk drama Tanah Besar China yang popular dan mengembangkan pengaruh tempatan mereka.

Ng Yong Ru (伍永如)

Latar belakang pendidikan: Renmin University of China, Business Administration Major, Tahun keempat, ketidakhadiran sementara di sekolah

Pengalaman praktikal (intern): Beliau bekerja sebagai Intern Strategi Perniagaan Antarabangsa di jabatan sukan Sina, salah satu daripada empat portal web utama di China. Beliau bertanggungjawab terutamanya untuk mengikuti perkembangan terkini dalam sukan, menguruskan platform media sosial luar negara Sina, mengeluarkan kandungan copywriting YANG berkualiti tinggi secara berterusan dan penyiaran acara sukan merentas sempadan.

Macy Lim (林美溪)

Latar belakang pendidikan: Beijing Foreign Studies University, International Economics and Trade, Tahun Keempat

Pengalaman praktikal (intern): Beliau bekerja sebagai Pelatih Pemasaran di sebuah syarikat peralatan elektrik yang ditubuhkan lebih dari 60 tahun di Malaysia, membantu syarikat tersebut mengembangkan jualan produk ke Instagram, Facebook dan membina laman web rasmi baharu. Hasilnya, beliau telah berjaya membina semula imej jenama dan meningkatkan prestasi jualan.

Keterbukaan, kebebasan dan keterangkuman dalam kehidupan universiti pernah menyemai idaman dan keinginan dalam diri pelajar-pelajar, tetapi pada masa yang sama ia juga punca kebingungan dan kekeliruan. Sama ada anda menyertai penyelidikan akademik atau memasuki alam pekerjaan, kedua-dua pilihan tersebut mempunyai ketidakpastian dan risiko tersendiri. Kedua-duanya akan memberi kesan kepada trajektori kehidupan kelak. Oleh itu, apabila rakan-rakan di sekeliling telah menemui hala tuju mereka dan berusaha, pelajar kolej yang masih berada di persimpangan jalan kerap menghadapi kesukaran dalam “penentuan identiti”. Sejak ledakan wabak COVID-19, dilema tidak dapat kembali ke sekolah turut menyekat saluran pelajar antarabangsa mendapatkan maklumat pekerjaan. Contohnya, mereka mungkin terlepas aktiviti seperti pembentangan korporat, rekrutmen kampus, rekrutmen musim luruh atau bimbingan kerjaya. Faktor-faktor yang tidak terkawal ini lagi menimbulkan kebimbangan yang lebih mendalam.

Bagaimanakah kita keluar dari kabus dan menemui arah kita?

“Ribuan industri, setiap industri akan menghasilkan elit”, konsep falsafah Jepun yang terkenal “Ikigai” (生き甲斐) pernah mendefinisikan rahsia keseimbangan kerja-kehidupan dan kebahagiaan sebagai: “Lakukan perkara yang anda suka dan mahir, boleh menjadi apa yang dunia perlukan, dan mampu memperoleh keperluan asas.” Namun begitu,  latihan merupakan kriteria yang penting untuk menguji minat dalam perjalanan penerokaan diri. Hanya melalui pengalaman, anda boleh mengetahui sama ada pilihan itu sesuai untuk anda. Sebagai contoh, jika pelajar beringin menjadi seorang “pekerja” selepas menamatkan pengajian dari universiti, mereka boleh memanfaatkan masa mereka untuk mencari beberapa latihan amali yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan pengalaman pertama di tempat kerja dan meneroka kepakaran dan pilihan mereka sendiri.

Anda mungkin juga pernah mendengar beberapa khabar angin yang popular seperti kesukaran mencari latihan praktikal, persaingan sengit, atau penuh dengan perebutan/tekanan di tempat kerja. Bagi menyingkap misteri latihan amali, TVOB menemu bual dengan lima senior daripada latar belakang profesion yang berbeza dan pelbagai pengalaman latihan.Mereka telah mengalami tempoh yang kekeliruan, tetapi akhirnya mereka berjaya melepasi pelbagai kesukaran dan mendapat tawaran ideal mereka. Sama ada anda sedang mencari latihan praktikal, atau tertekan dengan temu duga, gagal dalam ujian bertulis, atau sekadar ingin memahami industri, pengalaman mereka pasti boleh membawakan sedikit inspirasi kepada anda.

Ikhtisar

#1 Mencari internship sambil belajar di rumah

Wabak COVID-19 benar-benar telah mengganggu perancangan pembelajaran kami, dan banyak aktiviti yang boleh sertai di sekolah, seperti kelab, sukarelawan atau projek penyelidikan saintifik, kini tidak dapat dicapai. Selepas sekurang-kurangnya tiga semester kelas dalam talian, ramai senior juga telah mengalami kitaran emosi “menunggu-kekecewaan-perubahan”. Menghadapi dengan persekitaran luaran yang tidak terkawal, mereka cuba menyesuaikan mentaliti mereka, mengkaji semula rancangan sebelumnya, dan menyesuaikan arah dalam masa.

Semasa berada di Beijing, Clara Tan mengambil bahagian secara aktif dalam kajian sosial sekolahnya. Didorong oleh keramahan dan minat untuk meneroka, beliau mengembara ke Meizhou, Xi’an, Jepun dan Filipina untuk menyelidiki budaya tempatan dan menjalankan eksperimen sosial. Beliau juga merupakan penerima biasiswa Siyuan sekolahnya. Kini, kelas dalam talian telah menghalang aktiviti sedemikian, tetapi ia juga mendorongnya untuk keluar dari zon selesa sendiri dan mencari peluang kerjaya baharu.

Read ten thousand Books, Travel ten thousand Miles -- Clara Tan's daily life in Tsinghua University

Tay Zeng Huy, yang juga daripada Tsinghua University, Department of Electronic Engineering, telah mengembangkan minat yang kuat dalam penyelidikan saintifik sejak tahun pertamanya. Sebelum pulang ke Malaysia, inilah hala tuju usahanya. Namun, disebabkan kesukaran menjalankan penyelidikan dalam talian, beliau tidak dapat menyertai dalam banyak pautan yang penting. Oleh itu, beliau mengambil peluang ini untuk menarik diri daripada persekitaran akrabnya dan meneroka kekuatan diri di tempat kerja. Walaupun praktikal di syarikat China lebih serasi dengan jurusannya, mempertimbangkan kebanyakan pekerja China telah bertugas, peluang praktikal dalam talian terhad. Justeru, beliau memutuskan dua syarikat teknologi tempatan, Maxis dan Amazon Web Services. 

#2 Bagaimana memilih antara pelbagai latihan?

Secara umum, saluran untuk mencari praktikal boleh dibahagikan kepada dua jenis: melalui rujukan dalaman oleh pekerja atau portal penyerahan awam syarikat. Rujukan dalaman membolehkan pencari kerja memintas sebahagian daripada proses saringan, seperti saringan awal atau ujian bertulis, tetapi ia juga bergantung pada hubungan sosial dan kemahiran rangkaian pemohon.

Ng Yong Ru yang daripada Renmin University of China mendapat peluang praktikal di Sina Sports melalui rujukan seniornya. Pada masa itu, seniornya yang bekerja di jabatan itu sedang mencari seseorang yang berlatar belakang perniagaan dan mahir dalam bahasa Cina, Inggeris dan Kantonis untuk mengambil alih jawatannya. Ng Yong Ru, yang mempunyai kehebatan linguistik yang luar biasa, telah mendapat peluang tersebut secara kebetulan. Selain itu, Clara Tan juga mempunyai pengalaman yang sama. Latihan pertamanya adalah mengenai penyelidikan industri pendidikan di firma sekuriti, yang juga telah diperoleh melalui pendekatan dengan seniornya, memperkenalkan latar belakang sendiri dan menyerahkan resumenya. Bagi pelajar yang baru memasuki alam pekerjaan,tanpa keraguan, bentuk rujukan dalaman dapat mengelakkan mereka daripada lencongan dan menjimatkan tenaga. Tetapi ini tidak bermakna peluang seperti itu mudah diperoleh kerana setiap rujukan dalaman dibuat dengan pengorbanan reputasi dan kredibiliti. Sebagai pengesyor, mereka membandingi berjanji kepada syarikat bahawa orang yang disyorkan berkemampuan untuk menjadi kompeten dalam jawatan tersebut. Oleh itu, setiap pelajar yang mendapat rujukan dalaman wajar menghargai peluang itu, dan berusaha keras agar tidak mengecewakan niat baik seniornya.

Ng Yong Ru and her colleague

Jika tiada peluang serupa di sekeliling, pencari kerja juga boleh mencari n berhubung dengan pekerja di syarikat sasaran mereka melalui LinkedIn, dan “mengesyorkan diri” melalui mesej peribadi. Selepas membuat keputusan untuk menjalani latihan amali, Tham Yong Bao, yang mendambakan industri multimedia, menghubungi pengurus pemasaran iQIYI Malaysia melalui platform ini. Beliau memperkenalkan latar belakang peribadinya, menyerahkan resumen, dan kemudian bertanya sama ada syarikat itu menerima pelatih. Walaupun laman web rasmi syarikat tersebut tiada sebarang notis pengambilan latihan, beliau masih memperoleh tawaran idealnya dengan cara ini.

Selain itu, platform cari pekerjaan yang terkenal, seperti Glassdoor Indeed, dan Jobstreet, turut menyediakan banyak maklumat pengambilan pekerja. Tay Zeng Huy juga menemui dua praktikalya melalui platform ini. Walau bagaimanapun, beliau percaya bahawa “penyasaran” ialah kaedah yang lebih cekap daripada penyerahan awam tanpa tujuan: pencari kerja perlu membaca syarat dan kelayakan pekerjaan dengan teliti, memadankannya dengan pengalaman sendiri, dan akhirnya mencari jawatan yang berkeyakinan.

Selain itu, Facebook, sebagai platform media sosial, juga merupakan platform pencarian pekerjaan yang sering diabaikan. Dengan kebangkitan jualan dalam talian, selain menjadi platform untuk rakan berkongsi kemaskini kehidupan, ia juga berkait rapat dengan perniagaan, maka banyak perniagaan atau majikan memilih untuk menyiarkan maklumat pengambilan di Facebook. Walaupun Macy Lim pernah menghadapi beberapa detik sukar dalam pencarian kerjanya, beliau akhirnya menemui latihan e-dagang pertamanya melalui Facebook.

Macy Lim Daily Routine in work

#3 "Saya berasa saya tidak cukup baik", atau saya tidak mempunyai pengalaman yang berkaitan, adakah saya masih perlu menyerahkan resume saya?

Jika tempat kerja mengutamakan bahasa Inggeris, maka majikan akan membuat syarat yang lebih tinggi terhadap penguasaan bahasa Inggeris perniagaan, iaitu kefasihan perniagaan. Calon perlu menunjukkan kefasihan semasa temu duga, termasuk menjawab soalan dengan lancar, agar mempunyai peluang yang tinggi untuk digemari dan dipilih. Walaupun kebanyakan pelajar Malaysia mempunyai kemahiran dalam penulisan dan kefahaman bahasa Inggeris yang lebih baik, komunikasi lisan mungkin merupakan bidang yang lemah. Bagi mengatasinya, Clara Tan mencadangkan pelajar agar keluar dari zon selesa mereka dan menggunakan sumber sekolah untuk berkomunikasi dengan orang dari seluruh dunia. Mengenai cara untuk meningkatkan kadar kelulusan dalam pemilihan resume, Tay Zeng Huy turut mengesyorkan pelajar untuk meminta bantuan atau nasihat daripada senior, atau membayar perkhidmatan penyemakan resume secara dalam talian.

Clara Tan work at Buyer

Sebaliknya, belajar sendiri juga merupakan cara penting untuk menebus kecekapan profesional. Keupayaan pembelajaran sendiri yang baik bukan sahaja membolehkan anda memulakan pekerjaan baharu dengan cepat, tetapi juga asas untuk menyesuaikan diri dengan kadar tempat kerja. Apabila Macy Lim mula-mula memasuki tempat kerja, beliau telah ditugaskan untuk bekerja di pentadbiran dan pengendalian platform yang tidak berkaitan dengan jurusan International Economics and Trade yang dipelajarinya. Walaupun Tay Zeng Huy telah didedahkan kepada beberapa kandungan yang berkaitan dengan teknologi Internet dalam kursus profesionalnya, beliau tidak tahu banyak mengenainya. Manakala Ng Yong Ru hampir seorang “newbie” dalam bidang itu sebelum memasuki Sina Sports.

Ng Yong Ru's Sina Mascot

Sebaliknya, belajar sendiri juga merupakan cara penting untuk menebus kecekapan profesional. Keupayaan pembelajaran sendiri yang baik bukan sahaja membolehkan anda memulakan pekerjaan baharu dengan cepat, tetapi juga asas untuk menyesuaikan diri dengan kadar tempat kerja. Apabila Macy Lim mula-mula memasuki tempat kerja, beliau telah ditugaskan untuk bekerja di pentadbiran dan pengendalian platform yang tidak berkaitan dengan jurusan International Economics and Trade yang dipelajarinya. Walaupun Tay Zeng Huy telah didedahkan kepada beberapa kandungan yang berkaitan dengan teknologi Internet dalam kursus profesionalnya, beliau tidak tahu banyak mengenainya. Manakala Ng Yong Ru hampir seorang “newbie” dalam bidang itu sebelum memasuki Sina Sports.

#4 Panduan umum untuk "temu duga"

Bagi pelajar yang mendapatkan latihan melalui rujukan dalaman, “Networking” adalah bahagian yang lebih awal tetapi lebih penting daripada temu duga rasmi. Apabila pelajar menjemput pekerja syarikat sasaran untuk “Coffee Chat”, atau “mengetuk pintu” berulang kali di LinkedIn, pihak tersebut sebenarnya telah mula memerhatikan pertuturan dan mod pemikiran anda. Oleh itu, Clara Tan mencadangkan agar pelajar membuat penyelidikan terperinci terlebih dahulu, memikirkan tentang sebab memilih syarikat, memahami trend pembangunan semasa industri yang dipilih dan menonjolkan sumbangan yang akan dibawa oleh mereka kepada pembangunan syarikat. Contohnya, semasa beliau menemu duga untuk latihan perancangan strategik di Grab Malaysia, beliau ditanya tentang pemikirannya terhadap landskap pasaran e-payment kelak di negara ini.

Distinctive cars, photographed by Clara Tan at Grab

Selepas memasuki proses temu duga rasmi, bentuk utamanya boleh dibahagikan kepada: temu bual kumpulan tanpa kehadiran pemimpin perniagaan, temu bual tunggal atau kumpulan dengan pengurus jabatan atau sumber manusia tertentu dan perbualan dengan eksekutif kanan. Pada peringkat ini, bertanya kepada senior yang berpengalaman, atau mencari petua dan soalan soalan temu duga biasa di forum dalam talian dan menggunakan maklumat ini untuk mengatasi kelemahan anda sendiri merupakan kaedah penyediaan yang amat berkesan. Apabila Tay Zeng Huy memohon untuk jawatan Pelatih Perkhidmatan Profesional di Amazon, beliau mempelajari proses umum dan fokus penilaian temu duga melalui pengalaman yang dikongsi oleh pemohon-pemohon terdahulu di Internet. Proses saringan program latihan itu agak ketat. Pusingan pertama memfokuskan pada sama ada pemohon boleh menyepadu ke dalam budaya korporat syarikat dan pusingan kedua pula meneliti sama ada pemohon boleh mengaplikasikan 16 prinsip kepimpinan syarikat. Melalui pengalaman orang lain, Tay Zeng Huy mendapati lalu menguraikan kesimpulan bahawa tidak kira bagaimana bentuk soalan berubah, intipati penilaian tetap sama. Oleh itu, beliau memberi tumpuan untuk menggabungkan pengalamannya sebelum ini dengan prinsip kepimpinan tersebut semasa membuat persediaan untuk temu duga dan  beliau akhirnya mendapat tawaran itu.

Di samping itu, perlu diperhatikan bahawa mengejar kualiti sentiasa lebih penting daripada kuantiti. Oleh itu, tidak kira berapa banyak temu duga yang telah anda sertai, pencari kerja harus merenungkan prestasi mereka dan memikirkan ruang untuk penambahbaikan supaya mereka boleh berprestasi lebih baik kelak.

Membawa Anda Memahami Trend Industri Semasa

#1 Bagaimana rasanya bekerja untuk syarikat dalam bidang yang berbeza?

Dalam beberapa tahun ini, istilah “involusi” (内卷) telah menjadi popular di Internet. Latihan praktikal bukan lagi tekanan eksklusif kepada pelajar-pelajar senior. Kebimbangan tentang latihan praktikal juga telah merebak di kalangan pelajar gred rendah secara beransur-ansur. Antaranya, perundingan strategik, jawatan media baharu, e-dagang dan jawatan teknikal telah menjadi tumpuan dalam pasaran kerja di bawah pengaruh teknologi dan wabak. Pekerjaan yang serupa semakin berpusu-pusu. Pengalaman magang di jawatan berkaitan dengan Internet dan perundingan boleh dikatakan sebagai titik tambahan yang perlu dimiliki.

Ng Yong Ru ialah satu-satunya yang telah bekerja di syarikat China. Beliau mengatakan bahawa bekerja di sebuah syarikat Internet mempunyai waktu kerja yang fleksibel. Semasa hari padat dengan kelas, beliau boleh mengampu kerjanya dalam talian. Bersama-samanya, terdapat juga tugasan yang datang pada waktu malam dan hujung minggu. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau bertanggungjawab dalam pemasaran IP siri bola keranjang tiga pemain multinasional, termasuk penulisan salinan, penghubungan dengan Weibo “big V” (pengaruh) dan penyiaran acara rentas sempadan. Apabila latihan praktikal melanda musim peperiksaan, rutin harian Ng Yong Ru ditetapkan sebagai bangun – membuat kerja rumah – bekerja – membuat kerja rumah – tidur. Hiburan terpaksa dialih keluar daripada kehidupan, dan selebihnya kehidupan dan diganti dengan 3 perhentian tetap setiap hari—sekolah, syarikat dan asrama.

Kebanyakan syarikat cenderung memilih aktiviti yang agak santai apabila menganjurkan aktiviti pembinaan pasukan. Misalnya, majlis makan malam. Bersenam, pingpong dan banyak lagi aktiviti pembinaan pasukan yang kelihatan luar biasa ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa di Sina Sports. Kadang-kadang, Yong Ru dapat melihat orang bermain di koridor syarikat. Di samping itu, dia menerima cenderahati kecil daripada pengeluar koperasi syarikat itu dari semasa ke semasa. Menurutnya, seniornya yang bekerja di jabatan media Sina sering bertemu dengan selebriti.

Sina's Company

Sejak Clara Tan memulakan latihan pertamanya semasa pada tahun keduanya, beliau tidak pernah berhenti. Dalam tempoh satu setengah tahun, beliau telah mengumpulkan lima pengalaman praktikal dari pelbagai bidang. Beliau telah menulis laporan penyelidikan industri, menganalisis arah aliran pasaran, mengendalikan perancangan strategik dan mengendalikan kerja pentadbiran. Latihan pertama Clara Tan sepatutnya di Grab. Ketika itu, beliau telah menerima pemberitahuan e-mel, tetapi HR tidak menghubunginya untuk seketika. Pada masa yang sama, terdapat media melaporkan bahawa Grab memutuskan untuk memberhentikan pekerja akibat kesan wabak COVID. Episod kecil yang tidak dijangka ini telah melengahkan tawaran yang sudah diperolehnya hampir beberapa bulan.

Kini beliau adalah seorang pelatih undang-undang, bertanggungjawab untuk menulis artikel undang-undang dan pemasaran untuk syarikat itu. Semasa latihan, Clara dan pendahulunya dalam syarikat telah bersama-sama menyiapkan artikel mengenai litigasi paten. Baginya,mempunyai sekeping dengan namanya semasa latihan bukan sahaja merupakan bukti kerja yang baik, tetapi juga cara untuk mencerminkan keupayaannya.

谭涌宝在宣传推广iQiyi原创韩剧《Jirisan》所办的线下活动

“Saya terlalu menyukai industri perfileman” – inilah sebab mengapa Tham Yong Bao berkeras untuk menjalani latihan di iQiyi. Apabila beliau mula-mula menyertai syarikat itu, iQIYI Malaysia hanyalah sebuah pasukan baharu yang telah ditubuhkan kurang daripada setahun, tetapi ini memberi peluang yang cukup kepadanya untuk berlatih dan bermaju. Semasa latihan amali hampir sepuluh bulan, beliau telah mencuba SNS (Social Networking Services), perhubungan awam, pemasaran dan pekerjaan lain.

Peralihan drama, filem dan pelbagai rancangan sangat pantas, hampir setiap dua minggu rancangan baharu akan dikeluarkan. Oleh itu, rentak kerja di iQIYI juga sangat pantas. Selepas setiap karya filem dilancarkan, Tham Yong Bao perlu membantu pasukan dengan kerja pemasaran supaya karya filem tersebut diketahui umum lalu meningkatkan tahap perbincangan dan pendedahannya, seperti menghubungi rakan kongsi atau menjalankan penyelidikan pasaran. Pasukannya kecil, jadi suasananya  agak bebas. Pendapat Yong Bao tidak pernah kekurangan peluang untuk dilaksanakan, yang tanpa disedari memberikan inspirasi kepadanya dan menambah motivasinya untuk menyelesaikan tugasan yang diperuntukkan kepadanya.

#2 Detik-detik Internship yang seronok: detik-detik paling tidak dapat dilupakan oleh penemuduga

Perbezaan budaya adalah halangan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap pelajar antarabangsa. Selain daripada halangan bahasa dan idea, ia juga akan dicerminkan dalam beberapa butiran kehidupan seharian. Bercakap tentang peristiwa menarik dalam tempoh latihan, Ng Yong Ru masih segar mengingatinya. Pernah sekali, beliau dihantar ke Jabatan Kewangan untuk mengeluarkan cek. Oleh kerana beliau tidak biasa dengan angka Cina dan menulis nombor “7” dengan bar mendatar, tersilap menulis lima atau enam cek berturut-turut sehingga dia dihalang oleh seorang pekerja di jabatan. Beliau dihentikan dan disuruh untuk menulis semula kemudian. Orang yang bertanggungjawab itu tidak mengetahui identitinya, turut menghantar mesej kepada bos Yong Bao yang ketika itu dalam perjalanan perniagaan. Nasib baik, salah faham tersebut telah diselesaikan kemudian dan Yong Ru berjaya menyelesaikan tugas itu.

Sebelum menjadi pelatih di iQIYI, Tham Yong Bao ialah ketua Jabatan Pembangunan Akademik Kesatuan Pelajar Sekolah Pengurusan Guanghua di Peking University dan juga ketua Delegate Liaison Department untuk China-ASEAN Youth Summit serta China-ASEAN Young Leaders’ Summit. Tugas belajar, aktiviti kokurikulum dan latihan memenuhi jadualnya. Beliau bergurau bahawa hanya jika beliau memilih untuk mengorbankan tidur antara tiga pilihan “sosial, belajar dan tidur”, beliau boleh mengimbangi dua yang selebihnya. Ada juga ketikanya beliau rasa tertekan, beliau akan berkomunikasi dengan rakan kongsi atau bosnya unutk menerangkan situasi semasanya dan kemudian memberikan tarikh akhir yang baharu.

Tham Yong Bao was promoting an offline event organized by iQiyi's original Korean drama Jirisan

#3 Apakah persediaan mental yang harus dibuat sebelum menjadi seorang pekerja?

Sebagai orang yang berpengalaman, orang yang ditemu bual menegaskan bahawa keupayaan untuk berkomunikasi secara aktif adalah sangat diperlukan.  Tay Zeng Huy dan Tham Yong Bao berpendapat bahawa pelatih hanya boleh mencapai pertumbuhan pantas di tempat kerja dengan keberanian untuk bertanya soalan. Tay Zeng Huy mengambil dirinya sebagai contoh untuk menjelaskan bahawa dalam pembelajaran, beliau lebih suka menyelesaikan masalah dan mendapatkan jawapan sendiri, tetapi model yang sama tidak boleh dilaksanakan dalam kerja. Jika kemajuan tugas dihalang, semua kerja pasukan seterusnya akan terjejas, oleh itu mendapatkan bantuan secara proaktif merupakan dasar terbaik. Manakala Ng Yong Ru percaya bahawa latihan adalah satu proses percubaan dan kesilapan yang berterusan. Segala pendapat atau idea harus dinyatakan dengan segera dan tidak dihalang oleh maklum balas negatif. Clara Tan menambah bahawa jika anda berminat dalam bidang tertentu, anda harus menggunakan sumber syarikat semasa latihan dan mengambil inisiatif untuk berkomunikasi dan berunding dengan senior dan pakar dalam syarikat. Ini akan membantu anda memahami bidang yang anda ingin ceburi lalu mempunyai perancangan kerjaya yang lebih baik.

Sebagai pendatang baru di tempat kerja, pelatih perlu mendapatkan pemahaman yang komprehensif tentang kandungan kerja dan mencapai matlamat latihan dalam masa yang terhad. Rentak tempat kerja adalah pantas, banyak perkara perlu dimulakan dengan segera, dan hasil akhirnya biasanya digunakan sebagai ukuran hasil kerja dan bukannya usaha dalam proses. Oleh itu, Clara menyarankan para junior agar belajar menghentikan gaya pemikiran linear, iaitu berfikir bahawa setiap usaha akan membawa pulangan yang sama rata.

Menerima kerja kotor juga merupakan subjek wajib untuk setiap pelatih. Pelatih sering bercita-cita tinggi selepas mengambil kerja dan berharap untuk menyedari nilai peribadi mereka semasa tempoh latihan. Namun, sebenarnya, mereka sering disambut dengan tugas-tugas yang remeh dan bukan teknikal seperti menyusun laporan, membuat slaid, terjemahan, dan lain-lain. Bekerja dengan kandungan rendah. Clara Tan mengatakan bahawa sebagai pelatih, belajar dan merasakan tempat kerja adalah yang paling penting, dan anda harus segera menyesuaikan mentaliti anda dan meletakkan diri dalam kerja kerana segala-galanya bermula dari sifar asas.

#4 Bagaimana mengimbangi tugas pekerja dan pelajar pada masa yang sama?

Berbeza dengan universiti di Malaysia, universiti China tidak merizabkan satu semester untuk pelajar menjalani latihan amali. Oleh itu, pelajar yang belajar di universiti China tidak dapat mengelakkan masalah semasa latihan amali mereka: bagaimana mengimbangi pembelajaran dan latihan amali mereka? Menghadapi masalah ini, Clara Tan memilih untuk memberi tumpuan pada latihan, kerana pembelajaran adalah sepanjang hayat dan seseorang juga boleh belajar di tempat kerja. Berada di tahun keempat, beliau berdiri di jalan bercabang antara meneruskan pendidikan atau pekerjaan langsung selepas tamat pengajian dan memilih dengan pasti untuk meneruskan pekerjaan secara langsung selepas tamat pengajian. Beliau percaya bahawa pengalaman bekerja akan menjadi kriteria yang lebih penting bagi majikan apabila mengambil mahasiswa.

Clara Tan shuttles between class and work

Macy Lim mempunyai jawapan yang berbeza untuk soalan ini. Beliau mendapatkan semua kredit wajibnya dalam enam semester supaya beliau dapat menumpukan sepenuhnya kepada latihan tanpa kebimbangan. Jawapan Tham Yong Bao serupa dengan jawapan Macy. Beliau akan merancang kursus semester dengan munasabah mengikut aktiviti kokurikulum dan latihan amalinya untuk mengelak daripada situasi “tidak dapat mengatasi satu tanpa melepaskan yang lain”.

Photo of Tay Zeng Huy during his internship at Maxis

Latihan di Maxis adalah berasaskan projek. Pelatih boleh memilih bilangan projek mengikut kemampuan dan masa mereka secara fleksibel. Untuk mengimbangi pengajian dan latihan amalinya dengan lebih baik, Tay Zeng Huy hanya memilih satu projek sepanjang tempoh latihan selama tiga bulan. Beliau juga mengamalkan gaya kerja “keseimbangan kerja-kehidupan” dan tidak berurusan dengan perkara berkaitan kerja pada masa lain.

Selepas tamat latihan, di manakah perjalanan seterusnya akan bermula?

Clara Tan akan meneruskan latihannya di firma guaman Hong Kong dalam jangka pendek, tetapi beliau berminat dalam pengurusan kekayaan dan aset. Pada masa hadapan, beliau berharap untuk menyertai bidang kewangan. Walaupun beliau mempunyai perjalanan yang jauh untuk menjadi pekerja cemerlang di Central, dia juga akan bekerja keras ke arah matlamatnya, langkah demi langkah.

Tay Zeng Huy, yang berada di tahun seniornya, akan memilih untuk menumpukan pada projek tahun terakhirnya selepas menamatkan latihan dan tidak akan memulakan latihan amali baharu. Bercakap tentang masa depan, walaupun suasana penyelidikan saintifik dalam jurusannya pekat, Zeng Huy masih meliang-liuk antara pilihan melanjutkan pelajaran dan bekerja. Baginya, segala-galanya berkemungkinan. Pandemik telah meletakkan halangan di jalannya ke penyelidikan saintifik, tetapi ia juga membuka satu lagi tingkap untuknya.

Tham Yong Bao merancang untuk menamatkan latihannya selewat-lewatnya pada bulan Mac tahun depan. Selepas itu, beliau akan pergi ke universiti asing untuk memulakan kehidupan pertukaran yang indah. Cintanya terhadap filem dan televisyen sudah bersemi di hatinya. Demi mencapai matlamatnya, Yong Bao berharap untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam filem dan televisyen di universiti China selepas menamatkan pengajiannya.

Ng Yong Ru kini berada di ketidakhadiran sementara di sekolah. Dipengaruhi oleh keluarganya sejak kecil, beliau mengembangkan minat yang kuat terhadap industri budaya dan kreatif (CCI), dan merancang untuk membantu ibu bapanya menguruskan kedai teh mereka di Pulau Pinang, mencari persimpangan antara perniagaan dan CCI pada tahun ini.

Macy Lim tetap akan memilih untuk menjalani latihan dalam bidang e-dagang. Selepas mengalami e-dagang B2C, beliau ingin mencuba logistik dan cabang e-dagang lain. Beliau berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kebolehan profesionalnya.

Menghadapi latihan, sesetengah orang memilih untuk meneruskan perjalanan tersebut manakala sesetengah orang memilih untuk berhenti sementara dan menikmati pemandangan di sepanjang jalan. Di jalan panjang mencari pekerjaan, hanya apabila anda menemui rentak anda, anda boleh mengembara lebih jauh.

“Semua orang berada dalam zon waktu mereka sendiri”, tidak kira berapa cepat atau lambat, buat sahaja setiap pilihan yang berbaloi.

Setiap pengalaman terdapat kemungkinan yang tidak berkesudahan. Melalui temu bual ini, kami telah mengenali Clara Tan yang telah bekerja keras ke arah matlamatnya, Tay Zeng Huy yang beralih daripada penyelidikan saintifik kepada latihan magang, Tham Yong Bao yang mempunyai minat terhadap industri perfileman, Ng Yong Ru yang meneruskan kerjayanya dalam CCI dan Macy Lim yang berusaha untuk meneroka bidang e-dagang. Setiap orang dalam cerita ini mempunyai jawatan dan latihan magang yang berbeza, tetapi mereka mendapat perkembangan dalam proses tersebut.  Di bawah wabak itu, rancangan kerjaya setiap pelajar antarabangsa di China terjejas. TVOB dengan ini amat berharap agar semua pelajar boleh percaya pada potensi diri, mengorak langkah dalam penerokaan dan mencari jalan, seperti mereka yang ditemu bual.

Meminjam kata-kata Macy Lim, jangan takut akan penolakan kerana jika anda terlepas satu dalam sepuluh ribu kejayaan, anda tetap dapat menyedari kekurangan anda sendiri, yang akan membuat anda kebal.

Lembaga Pengarang Suara-suara Beijing, 2021

Disunting dan diterbitkan oleh | AMSIB

Penasihat | Phuah Chi Ching, Choong Chi Jiong, Lim Yu

Penyelaras | Sherlyn Chin Meijiun

Ketua Editor | Ng Sie Unn, Koo Jing Tang

Wartawan | Jaslyn Tan Boon Bin, Aden Tan Shen Yeh, Ho Ching Ling, Hoo Zi Ning, Ng Zi Wei, Kua Yee Shuen, Lee Jia Rong, Lim Qin Xuan, Song Yee Ting, Gan Jing Wen

Juru Gambar | Sharyl Chow Khye Shien, Chew Chen Yee

Editor Filem | Neoh Ke Wei, Ong Xiang Ying, Song Yee Ting

Editor Seni | Ong Xiang Ying, Tiu Ann Kei

Penterjemah | Chan Zi Qing, Tiu Ann Kei

Tuan Rumah | Aden Tan Shen Yeh, Kua Yee Shuen

Tinggalkan Balasan