Berjarak Ribuan Batu, Cerita Disimpulkan----Konvokesyen Secara Dalam Talian

Topik

2021.09.13

Wartawan | Kua Yee Shuen, Lee Jia Rong

Gambar cover|Tiu Ann Kei

Gambar|Chan Jin Wen, Kerk Yi Jing, Chew Yi Kang, Wong Lap Hou

Susun atur|Sherlyn Chin Meijiun

Penterjemah | Tiu Ann Kei

Sekelip mata, musim graduasi tahunan menjelang lagi. Dari saat kita menerima notis kemasukan universiti, kita seolah-olah menjadi semakin dekat dengan graduasi setiap hari. Dalam tempoh ini, semua imaginasi dan rancangan tentang konvokesyen telah memeram di dalam hati secara senyap-senyap. Namun, wabak COVID-19 telah mengganggu kehidupan di seluruh dunia, termasuk bab yang penting dalam hayat kita,“graduasi dari universiti”. Justeru, mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Beijing terpaksa menamatkan pengajian secara dalam talian sekali lagi.

Bagaimanakah para graduan akan berdepan apabila konvokesyen secara dalam talian mendekat? Pasukan wartawan The Voice of Beijing telah menjemput empat siswazah yang telah menamatkan pengajian mereka secara dalam talian, iaitu Chan Jin Wen daripada Peking University, Kerk Yi Jing daripada Tsinghua University, Chew Yi Kang daripada Beijing Normal University dan Wong Lap Hou daripada Beijing Film Academy untuk menceritakan pengalaman mereka yang unik dan berliku-liku.

Konvokesyen Secara Dalam Talian yang Musykil

Konvokesyen secara dalam talian tidak hanya merujuk kepada upacara graduasi, tetapi juga termasuk tugasan, tesis, pameran, projek akhir tahun, prosedur tamat pengajian, pindahan dari asrama dan lain-lain. Tidak syak lagi, ini merupakan proses yang amat musykil kepada graduan-graduan yang terkandas di Malaysia oleh sebab pandemik.

Wong Lap Hou, siswazah daripada Recording Arts – Music Recording, Sound School, Beijing Film Academy secara dalam talian pada bulan Julai, telah mengalami jenis-jenis kepahitan dan kemanisan konvokesyen secara dalam talian. Pada semester terakhir, Wei Hao diberitahu bahawa dia perlu pergi ke Dewan Muzik Nasional China di bawah pimpinan pengajar untuk melengkapkan tugasan terakhir. Namun, Lap Hou yang berada di rumah, bukan sahaja terlepas peluang untuk meluaskan pandangannya di Dewan Muzik Nasional China, tambahan pula wabak yang menular di Malaysia  juga menghalanginya untuk menjalankan tugas rakamannya di lokal. Oleh itu, dia terpaksa meminta pertolongan daripada rakan-rakan sekelasnya. Ini merupakan cabaran yang agak besar, kerana bahan-bahan yang dirakam di Dewan Konsert Nasional China dilindungi oleh undang-undang hak cipta. Lap Hou wajib mendapatkan kepercayaan penuh daripada rakan-rakan sekelas untuk memperoleh bahan rakaman tersebut, dan menghabiskan tugasannya. Nasib baik, dengan bantuan rakan sekelas, Lap Hou dapat menyiapkan tugas terakhirnya di Beijing Film Academy dalam masa.

⽴颢于 2018 年在朝阳进⾏作业的录制

Lap Hou menjalankan tugas rakaman di Chaoyang pada tahun 2018.

Kerk Yi Jing yang tamat pengajian daripada Chemical Engineering and Industrial Biological Engineering, Tsinghua University juga menghadapi kesukaran dan kesusahan. Projek tahun akhirnya menuntut Yi Jing untuk menyiapkan satu projek eksperimen, tetapi Yi Jing yang berada di rumah tidak dapat menjalankan penyelidikan kerana kekurangan perkakasan. Selepas berunding dengan penyelia, dia dibenarkan untuk membuat tesisnya dalam bentuk perumusan literatur dan simulasi perisian. Walau bagaimanapun, ini merupakan suatu kerugian kepada pembelajaran Yi Jing. “Sekiranya hendak mengkaji satu topik secara mendalam, manipulasi adalah amat penting. Hanya dengan cara ini, kami akan memperoleh lebih banyak hasil pembelajaran. Khususnya, pelbagai pemboleh ubah yang dalam proses uji kaji ialah saluran terbaik untuk menambah ilmu pengalaman diri. Menyiapkan projek secara dalam talian memang telah menyebabkan saya kehilangan banyak peluang untuk belajar.”

Wabak ini tidak hanyalah mempengaruhi kehidupan manusia, tapi ia juga berbanding dengan bom waktu bagi para graduan. Mereka perlu melangkah dengan berhati-hati, bagai menarik rumput di dalam tepung, untuk sampai ke destinasi yang seakan-akan tidak jauh. Walau bagaimanapun, mereka tetap akan berbangga dengan usaha-usaha mereka apabila mereka mengenangi.

Pada 26 Jun 2021, gambar Yi Jing (kanan atas) serta graduan-graduan antarabangsa yang lain daripada fakulti yang sama.

Bagai diuji timbang lebih sesaga antara impian dan realiti

Murid-murid sentiasa mengkhayal dan mengimpikan majlis konvokesyen, seperti membaling topi graduasi ke langit sambil berteriak “Kami sudah lulus! ”Ataupun berbaring di padang yang kehijau-hijauan, mengimbas kembali dengan kawan-kawan, dan bersampingan mengambil gambar terakhir. Perkara yang terpentingnya ialah berpakaian jubah dan topi konvokesyen, lalu menerima ijazah di bawah saksi ahli-ahli keluarga. Namun begitu, para graduan terpaksa menerima aturan oleh nasib dan mengurangkan harapan mereka terhadap majlis konvokesyen luar talian kerana kemunculan pandemik COVID-19.

Apabila mengenangkan impian terhadap konvokesyen, hati Chew Yi Kang dari Communication Science, Beijing Normal University berlimpah dengan kekecewaaan. Senario yang dia selalu membayangkan tidak tercapai—-menginjak di atas karpet merah bersama-sama dengan taman lelakinya dan menyaksikan air muka  yang paling tampan antara satu sama lain. Dia merumuskan bahawa sebagai komuniti LGBTQ+, ia adalah amat sukar untuk mengalami setiap peringkat dalam kehidupan dengan pasangan. Karpet merah merupakan salah satu kenangan yang hendak disimpan oleh Yi Kang dalam hayatnya yang singkat, namun wabak telah menghapuskan peluang tersebut tanpa belas kasihan.

Bagi Lap Hou yang tidak dapat mengambil bahagian dalam upacara graduasi dalam talian, ini juga merupakan kekesalannya yang abadi. Oleh kerana keterbatasan peranti rangkaian, sekolahnya tidak mengaturkan siaran langsung majlis konvokesyen untuk pelajar-pelajar antarabangsa. Pada pagi tersebut, Lap Hou masih bertidur dan hanya menyedari selepas bangun dari tidur. Kesedihan seperti ini membuat seseorang ingin kembali tidur, untuk menyanyikan lagu graduasi bersama-sama rakan di kampus dan mengalami perpisahan dalam mimpi.

⽴颢和朋友们在 2018 年 AMSIB 毕业晚会上的合照

Gambar Lap Hou dan kawan-kawannya di parti graduasi AMSIB pada tahun 2018

Semua khayalan tentang konvokesyen telah hilang pintang dalam wabak semasa. Meskipun kenyataan telah menimpakan khayalan, kita wajarlah percaya bahawa kehidupan akan memampas kita dengan cara yang di luar dugaan.

Hadiah Graduasi yang Tidak Dapat Dilupakan

Walakin tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen di universiti, Yi Jing juga menerima hadiah kejutan pada hari yang luar biasa lagi bererti ini. Pada hari menjelang majlis konvokesyen, bapa Yi Jing telah mendedahkan rancangannya kepada Yi Jing —- membuat pintu sekolah Tsinghua University untuk menebus kekesalan mereka yang tidak mampu untuk mengambil gambar di Tsinghua University.

Bapa Kerk yang bekerja dalam bidang seni membuat pintu sekolah klasik Tsinghua di studio pada hari konvokesyen. Dalam tempoh ini, Yi Jing dan rakan-rakannya turut serta dalam siaran langsung majlis konvokesyen fakulti. Sehingga agak pukul enam petang, bapa Kerk pulang ke rumah dengan pintu sekolah Tsinghua yang setinggi 2 meter. Pintu sekolah Tsinghua yang kelihatan asli tersebut dihasilkan dengan kerjasama seluruh keluarga Yi Jing.

Pintu sekolah yang gedang tersebut diperbuat daripada kadbod keras, malah tekstur di atas bangunan jelas dan cantik. Bapa Kerk yang mempunyai penelitian terhadap kaligrafi Presiden Mao juga menuliskan “Tsinghua University” di atas pintu gerbang. Bunga-bunga yang dilukis oleh  Yi Jing dan keluarganya mengelilingi pintu sekolah, mensimulasikan pemandangan indah kampus Tsinghua, dan melambangkan cinta yang tidak berkesudahan. Untuk menunjukkan penghargaan terhadap pemandangan yang indah ini,  Yi Jing bersama keluarganya menukar pakaian yang tercantik, lalu mengambil gambar pada saat yang unik dan manis ini setelah menggabungkan model.

Kini, bahkan simulasi kampus Tsinghua tersebut telah dibongkarkan, tetapi imej kasih sayang bapa Kerk yang bagai menatang minyak yang penuh akan sentiasa diperingati oleh Yi Jing.

Bapa Kerk menyediakan hadiah graduasi untuk Yi Jing. Pada masa yang sama, ini merupakan hadiah graduasi yang paling membanggakan serta istimewa kepada Yi Jing.

Jangan Lupa untuk Memberikan Rasa Ritual kepada Diri

Meskipun tidak dapat menyertai upacara konvokesyen di universiti, Chan Jin Wen, graduan daripada School of Journalism and Communication, Peking University menganggap bahawa rasa ritual tetap tidak boleh berkurang. “Saya dan keluarga selalu akan menghadiahkan sejambak bunga kepada saudari-saudari saya semasa mereka graduasi. Oleh itu, majlis konvokesyen yang saya impikan ialah dikelilingi oleh bunga-bunga.”Sebelum hari konvokesyen, Jin Wen dan sahabat-sahabat baiknya telah berjanji untuk saling mengirimkan jambakan bunga dan saling memberkati pada hari tersebut. Sungguhpun bunga-bunga tersebut akan layu, tetapi berkat-berkat dan rasa yang ikhlas akan mengekal dalam ingatan Jin Wen selama-lamanya.

Bagi Lap Hou yang mengambil Recording Arts – Music Recording, menggubah lagu konvokesyen untuk sekolah adalah hadiah graduasi yang paling istimewa. Lap Hou sengaja memilih untuk menerbitkan lagu konvokesyen Beijing Film Academy “Sudah mulai rindu”di Youtube dan NetEase Cloud Music pada hari lahirnya. Secara kebetulan, sijil konvokesyen dari sekolahnya juga bertiba pada hari yang sama. Lap Hou tidak dapat mengawal diri mengeluh keajaiban takdir.

Tidak kira betapa kurang senang hidup anda, jangan lupalah untuk memberikan rasa ritual kepada diri sendiri. Sama ada bunga atau lagu, ia akhirnya akan menjadi plot yang berharga dalam kehidupan dan peringatan.

Lagu konvokesyen Beijing Film Academy “Sudah mulai rindu”yang dikarang, digubah oleh Lap Hou telah diterbitkan di YouTube dan NetEase Cloud Music.

Anda Menentukan Kehidupan Anda

Setiap bab yang berakhir memaksudkan bab yang baharu, tetapi rancangan para graduan telah diganggu kerana wabak yang di luar jangkaan. Begitu juga dengan Jin Wen. Asalnya, Jin Wen berancangan untuk menyertai program latihan (Internship) di Beijing selepas menyiapkan program pertukaran di Netherlands, lalu bertinggal dan bekerja di Beijing setelah konvokesyen. Mujurnya, walaupun wabak COVID-19 telah tutup satu pintu, namun ia juga membuka jendela untuknya. Selepas kembali ke Malaysia, Jin Wen memulakan perniagaan di bawah cadangan kawan-kawannya. Mereka sedang mengusahakan sosial media platform bernama “WeirdKaya” yang mengkongsikan maklumat masyarakat Malaysia.

“Saya meragu-ragu pada awalnya, tetapi saya memikir bahawa memandangkan rancangan asal terganggu, mengapakah tidak menggunakan masa ini untuk melakukan perkara yang bermakna?”

Apabila mengenang kembali, Jin Wen telah menghadapi cabaran yang diketahui dengan berani dan gigih. Dia berjaya keluar dari kegelapan dan menemui jalannya.

Mungkin kerana ketidakpuasan hati terhadap graduasi secara dalam talian, idea untuk melanjutkan pelajaran berputik di hati Jin Wen. Sebenarnya, dia telah menerima surat penerimaan daripada School of New Media, Peking University. ”Saya masih mempertimbangkan sama ada untuk mengekalkan status pelajar. Saya benar-benar enggan mengalami kelas dalam talain sekali lagi.”Walaupun menangguhkan rancangan pendaftaran merupakan pilihan yang tidak berdaya, Jin Wen masih tegas terhadap perniagaannya. Dia membuat keputusan untuk memberikan masa selama setahun kepada sendiri untuk menguruskan perniagaannya.

Jin Wen dan rakan-rakan keusahawanannya sedang mengusahakan sosial media platform yang bernama WeirdKaya.

Sesungguhnya wabak ini telah melanda pelbagai catur dalam kehidupan seperti banjir, namun selagi anda sanggup menyelam ke dalamnya dan menghadapi pelbagai gelombang dengan frekuensi yang sama, anda akan menggulingkan ia pada suatu hari.

Penyesalan Tiada Penawar

Kini, pintu negara China masih ditutup dan hari untuk kembali ke sekolah seakan-akan masih panjang. Bagi Lap Hou yang telah tinggal di Beijing selama dua tahun setengah, kenangan-kenangannya ibarat surat khabar yang menguning, berhenti di masa dahulu. Namun begitu, Lap Hou menyatakan bahawa dia tetap akan berpilih untuk belajar di Beijing Film Academy jikalau dia mempunyai kebolehan untuk mengamal masa hadapan.

“Taraf penggubahan muzik saya meningkat dan saya telah memperoleh banyak di Beijing Film Academy. Walaupun saya hanya belajar di sekolah selama dua tahun setengah, pengetahuan yang diajar oleh guru memadai untuk saya terus menerapkan apa yang telah dipelajari dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan. Walaupun saya sudah tahu bahawa saya akan pulang ke Malaysia selepas dua tahun setengah, tidak dapat dinafikan bahawa tempoh ini telah banyak menggalakkan pertumbuhan saya, jadi saya tidak menyesal.”

Lap Hou mempersembahkan piano di konsert Sound of School, Beijing Film Academy pada tahun 2018

Jin Wen pernah mengatakan “Tidak pernah menyesal.”Pada semester kedua tahun tiga, dia mengikuti program pertukaran sekolah ke Amsterdam, Belanda selama satu semester. Wabak ini merebak pada hujung program pertukaran, dan dia kehilangan peluang terakhir untuk belajar di Beijing bersama rakan-rakannya daripada Peking University.

Meskipun, Jin Wen tidak pernah menyesal memulakan perjalanan ini.  “Saya jarang makan angin di luar negara ketika saya kecil. Jadi, saya berhasrat untuk merasai kehidupan di luar negara sejak saya menjadi dewasa. Program pertukaran ini bukan sahaja memberi saya peluang untuk belajar di Eropah, tetapi juga untuk pergi ke bandar-bandar sekitarnya dan merasai adat resam yang berbeza.” Pertukaran ke luar negara ialah matlamat Jin Wen sejak awal-awal lagi sungguhpun dia perlu membuat beberapa pengorbanan dalam proses tersebut. Misalnya, dia tidak mampu untuk belajar dan bergaul dengan kawan-kawannya di Beijing pada semester pertama tahun 2019. Pengalaman pertukaran ini menjadi kenangan yang indah bagi Jin Wen. Sekarang, program pertukaran antara universiti telah ditangguhkan oleh sebab penularan wabak yang serius. Bagi Jin Wen, yang menaiki kereta api terakhir dalam masa, boleh dikatakan sebagai bertuah.

Seperti yang dikatakan oleh penyajak Amerika Robert Frost dalam “The Road Not Taken”: Kita tidak akan mengetahui pemandangan di jalan-jalan lain yang tidak dipilih. Asalkan kita menempuh jalan yang dipilih dengan berwaspada, hati kita tidak akan dikaburkan oleh kerisauan yang kelebihan.

Gambar Jin Wen di Belanda semasa pertukaran

Klik untuk melihat video temu ramah penuh

Menyimpan “Kekesalan” di dalam Hati

Sekiranya hendak meringkaskan perasaan terhadap menamatkan pengajian secara dalam talian, jawapan yang diberikan oleh Yi Kang ialah “falsafah”(佛系). Memandangkan pelajar yang graduasi dalam talian sebelumnya dan keadaan wabak yang tidak optimistik, Yi Kang telah membuat persediaan mental dan mengurangkan harapannya untuk graduasi di luar talian. Dia berpilih untuk memandang graduasi secara dalam talian dengan berfalsafah asalkan kesihatan aset yang terpenting dalam kehidupan.

Gambar yang diambil oleh Yi Kang di China telah menjadi satu kenangan.

Manakala Jin Wen menggunakan kata “perasaan”(感) untuk menggambarkan perasaannya ketika graduasi dalam talian. Banyak perkara perlu bergantung pada perasaan sendiri semasa graduasi dalam talian, contohnya upacara, perpisahan, kebanggaan, destinasi, persahabatan, malahan pilihan. Kadang-kadang, saya memikirkan beberapa taubat yang tidak boleh ditebus, dan “perasaan”(感) akan menjadi “kekesalan”(憾).

Biarkan sahaja “kekesalan”(憾) anda disimpan di dalam hati, dan meneruskan perjalanan anda dengan syukuran dan harapan

Remaja yang Berani Akan Melangkah Ke Depan Tanpa Ketakutan

Bilangan orang yang menjangkiti COVID-19 di negara kita makin meningkat, harapan para mahasiswa untuk kembali ke Beijing kian menjadi angan-angan. Jin Wen, sebagai seorang siswazah yang menamatkan pengajiannya secara dalam talian mencadangkan para graduan untuk membuat persediaan untuk tesis seawal mungkin supaya mengelakkan pengorbanan kualiti oleh sebab masa yang ketat. Jin Wen kerap memberitahu dirinya agar tidak menyesal. Walaupun mempunyai faktor majeure, dia tetap akan berusaha melengkapkan kerjanya. “Percaya kepada diri sendiri! Semua orang, termasuk mahasiswa tahun satu, tahun dua ataupun tahun tiga, seharusnya mempercayai diri. Pada masa yang lalu, saya sering mempersoalkan diri sama ada diri boleh mencapai matlamat, tapi saya menyedari bahawa mengambil risiko dan berjuang adalah tindakan yang tepat. Terutamanya ketika saya melihat pelajar China, kebanyakan mereka lebih muda dari saya tetapi sangat berani dalam usaha mereka. Ini memberi inspirasi kepada saya untuk berjuang dan berusaha.”

Pada jangka hayat yang panjang, hanya melalui mengejar cahaya dengan berani, anda akan menjadi teladan yang anda inginkan. Remaja yang berani akan melangkah ke depan tanpa ketakutan. Semua berkat bertukar kepada kata —-”berusaha!”

Semoga semua graduan akan mekar seperti bunga dalam kamera Yi Kang

Kata Penutupan

Melalui temu bual ini, kita dapat memandang topik “konvokesyen secara dalam talian” dari perspektif berbeza. Dalam temu ramah, kami dapat melihat keterjalinan antara kenangan dan realiti, berulang-alik dalam masa dan ruang, berhenti pada saat-saat yang paling menggembirakan dan dikesali. Apabila menghadapi konvokesyen secara dalam talian, ada yang mengesali, ada yang bersikap falsafah, ada yang berani dan gagah, ada yang mengidamkan masa datang. Tidak kira di mana jua atau bila-bila, menamatkan pengajian sarjana muda yang berpanjang empat tahun ialah pencapaian yang sukar dilupakan dalam hayat. Pada masa yang sama, ia juga merupakan penjelasan yang terbaik kepada diri. Sijil merupakan lencana kepada usaha dan kerja keras, manakala topi konvokesyen melambangkan bahawa kita telah menjadi orang dewasa yang berdikari. Dalam kabus wabak yang kelam, selagi kita mengikuti lintasan, kita akan tiba di tempat yang kita inginkan.

Terima kasih kepada senior Chan Jin Wen ,Wong Lap Hou, Chew Yi Kang dan Kerk Yi Jing yang sanggup meluangkan masa untuk menyertai temuduga dalam kesibukan. Kami mendoakan agar anda mengejar impian anda dengan berani pada masa hadapan. Terima kasih kepada pembaca yang membaca sehingga akhir,  jumpa lagi di rencana berikutnya!

Lembaga Pengarang Suara-suara Beijing, 2021

Disunting dan diterbitkan oleh | AMSIB

Penasihat | Phuah Chi Ching, Choong Chi Jiong, Lim Yu

Penyelaras | Sherlyn Chin Meijiun

Ketua Editor | Ng Sie Unn, Koo Jing Tang

Wartawan | Jaslyn Tan Boon Bin, Aden Tan Shen Yeh, Ho Ching Ling, Hoo Zi Ning, Ng Zi Wei, Kua Yee Shuen, Lee Jia Rong, Lim Qin Xuan, Song Yee Ting, Gan Jing Wen

Juru Gambar | Sharyl Chow Khye Shien, Chew Chen Yee

Editor Filem | Neoh Ke Wei, Ong Xiang Ying, Song Yee Ting

Editor Seni | Ong Xiang Ying, Tiu Ann Kei

Penterjemah | Chan Zi Qing, Tiu Ann Kei

Tuan Rumah | Aden Tan Shen Yeh, Kua Yee Shuen

Tinggalkan Balasan