Pilihan yang tegas dalam tahun jurang

Belajar Di Luar Negara

2021.11.24

Tulisan | Grace Goh Sze Hung
Susun atur | Sherlyn Chin Meijiun
Gambar | Internet
Penterjemah | Tiu Ann Kei

Trend “melanjutkan pelajaran ke Tianjin” mewujud apabila saya menamatkan pelajaran pada tahun 2018. Seorang guru China, menyediakan saluran khas untuk memohon belajar di Tianjin. Sementara saya masih mencari universiti, ramai rakan sekelas saya sudah berpeluang untuk merasai kehidupan belajar di sana. Lantaran itu, tahun jurang tidak wujud bagi mereka. Di bawah trend sedemikian, saya masih perlahan-lahan meneliti universiti. Berulang kali mencari maklumat tentang universiti, saya beriri hati mereka dapat memulakan perjalanan baharu dengan lebih awal. Saya juga merasa jemu dan bosan bekerja dalam persekitaran sekolah yang hambar, walaupun stabil. Walaupun begitu, jurang tahun merupakan masa penimbal yang amat diperlukan bagi saya. Menghadapi tekanan membuat keputusan penting, saya menganggap diri akan kekhuatiran. Tetapi sehingga kini, saya masih terperanjat dengan ketenangan dan ketekadan saya untuk menerima hala tuju baru pada masa itu .
Persekitaran benar-benar boleh mempengaruhi mentaliti seseorang. Apabila rakan-rakan di sekeliling membuat keputusan dengan lebih cepat, malahan yang menerima berita tawaran kemasukan universiti sebelum tamat pengajian, saya menjadi lebih teragak-agak dan teragu-ragu dalam persekitaran sedemikian. Peliknya, “trend” melanjutkan pelajaran di Tianjin tersebut sebaliknya menyebabkan saya kehilangan minat dengan bandar Tianjin. Mungkin kerana saya ingin menjadi orang yang lebih “berbeza”. Semua orang memulakan perjalanan dan perancangan yang berlainan selepas tamat pengajian. Ramai rakan saya telah bertiba di Tianjin untuk memulakan perjalanan baharunya. Manakala selain sebagai alumni, saya juga memperoleh identiti baharu sebagai kakitangan sekolah, sambil bekerja sambil sibuk memohon universiti. “Trend belajar di Tianjin” telah berakhir dan selanjutnya ketenangan mengambil alih kekhuatiran dalam hati. Sejujurnya, bekerja di persekitaran yang stabil memang membosankan, tetapi ia juga memberi lebih masa dan ruang untuk menyiapkan perkara yang patut saya lakukan dan untuk menyediakan diri untuk belajar di luar negara.
Berbanding dengan memilih sekolah, saya lebih cenderung memilih bandar. Setelah menimbangkan pelbagai faktor, pilihan saya akhirnya terkunci di Beijing, dan kemudian memilih universiti. Namun, saya juga tidak pernah berfikir bahawa saya mampu menerima hala tuju baharu dengan begitu tenang apabila memilih universiti dan jurusan. Saya telah lulus dari sekolah menengah dalam bidang perniagaan dan pada asalnya merancang untuk belajar perniagaan di universiti. Selepas menerima notis pra-kemasukan daripada Sekolah Kewartawanan Renmin University of China School of Journalism and Communication melalui WeChat, saya menerima keputusan ini dengan mudah walaupun saya tidak pernah membayangkan untuk mengikuti jurusan kewartawanan. Ditawarkan jurusan yang beza, saya telah menjangkakan kekecewaan, kepahitan dan emosi negatif lain, tetapi pada masa itu, saya mendapati bahawa saya keredaan dan menerima hakikat bahawa saya “buruk dalam matematik”. “Lagipun, saya tidak dapat menyelesaikan masalah matematik dalam temuduga, jadi bagaimana saya boleh menjamin bahawa saya boleh bertahan dalam lautan matematik pada masa hadapan? Nampaknya bagus untuk mencuba bidang baharu dalam persekitaran baharu.” saya terfikir, kemudiannya menerima pelarasan jurusan.
Saya berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana memilih untuk menghormati segala keputusan saya dalam memilih universiti dan jurusan. Saya juga bersyukur kerana pilihan-pelihan ketika itu tidak membuatkan diri menyesal. Walaupun menceburi bidang baharu seolah-olah bermula semula, rancangan masa lalu itu tidak lagi sah, dan banyak ketidakpastian menanti di hadapan. Nescaya, ia amat mencabar, tetapi mengapa tidak memperlahankan langkah anda, dan meluangkan masa untuk meneroka.

Grace Goh Sze Hung

Seorang pelajar sarjana muda di Renmin University of China

 

Lembaga Pengarang Suara-suara Beijing, 2021

Disunting dan diterbitkan oleh | AMSIB

Penasihat | Phuah Chi Ching, Choong Chi Jiong, Lim Yu

Penyelaras | Sherlyn Chin Meijiun

Ketua Editor | Ng Sie Unn, Koo Jing Tang

Wartawan | Jaslyn Tan Boon Bin, Aden Tan Shen Yeh, Ho Ching Ling, Hoo Zi Ning, Ng Zi Wei, Kua Yee Shuen, Lee Jia Rong, Lim Qin Xuan, Song Yee Ting, Gan Jing Wen

Juru Gambar | Sharyl Chow Khye Shien, Chew Chen Yee

Editor Filem | Neoh Ke Wei, Ong Xiang Ying, Song Yee Ting

Editor Seni | Ong Xiang Ying, Tiu Ann Kei

Penterjemah | Chan Zi Qing, Tiu Ann Kei

Tuan Rumah | Aden Tan Shen Yeh, Kua Yee Shuen

Tinggalkan Balasan