Sembilan Belas

Belajar Di Luar Negara

2021.12.15

Tulisan | Grace Goh Sze Hung
Susun atur | Sherlyn Chin Meijiun
Gambar | Internet
Penterjemah | Chan Zi Qing

Usia 18 tahun yang diidam-idamkan itu gagal memenuhi jangkaan awal. Usia 19 tahun, kelihatan lebih rumit dan muram daripada yang dijangkakan, tetapi juga bersinar dalam kehidupan seharian yang rameh.

Ini adalah satu kisah yang banal, tetapi berkilauan dalam ingatan.

Majlis graduasi berakhir apabila lampu di auditorium padam, berikutnya kehidupan sekolah menengah saya. Perkara yang belum dilakukan menjadi penyesalan, mengekal di bab ini. Usia 19 tahun bermula dengan perpisahan dalam keremajaan. Kisah-kisah tahun-tahun ini telah berpadu ke sekeping-keping foto di telefon. Nanti, disedari bahawa biarpun hubungan yang kekal abadi jua akan menjadi pudar ditelan masa. Seandainya foto-foto tersebut dipadamkan, kenang-kenangan lalu akan menjadi dua garis selari. Perpisahan adalah pelajaran pertama dalam usia 19 tahun.
Perpisahan adalah awal dari keindahan dalam pertemuan yang selanjutnya. Berkenalan dengan orang asing adalah proses yang panjang. Absen dalam masa lalu masing-masing, kami hanya boleh mencipta kenangan bersama sedikit demi sedikit. Setiap pertemuan merupakan satu pertaruhan yang nekad. Kedua-dua pihak bertaruh masa pada masing-masing, berharap dia ialah orang yang betul. Dan setiap keikhlasan akan dibalas dengan keikhlasan yang lain. Bertuahnya, saya telah memenangi pertaruhan. Dia adalah kejutan yang tidak dijangka dalam tahun jurang itu. Rupanya, benar ada orang yang dapat membuat anda menyesal kerana tidak mengambil bahagian dalam masa lalunya. Namun, anda akan berasa bahawa anda telah melalui banyak masa bersama. Pelajaran kedua tahun jurang adalah menghargai. Janganlah berpisah dengan mudah, jikalau boleh berjalan jauh bersama.
Pada tahun ini, impian yang saya pegang erat pada usia 18 tahun telah menjadi kenyataan. Diri yang berusia 19 tahun itu seolah-olah menepuk diri yang sebelumnya dengan lembut sambil berkata , “Usah risau, segala usahaan kamu berbaloi.” Saya menamatkan sekolah menengah saya dengan transkrip yang cemerlang dan memulakan peringkat universiti dengan surat kemasukan yang diidamkan. Impian yang bersinar-sinar pada usia 18 tahun telah menjadi jalan dalam usia 19 tahun. Berjalanan di sepanjang jalan, saya terlihat diri yang dalam kebingungan, risau bahawa kebolehan saya gagal memenuhi jangkaan; saya terlihat diri yang tersesat, tidak pasti akan arah yang jalan itu menujui. Kemudiannya, saya terlihat diri yang berusia 18 tahun. Dia menyebut tentang kegigihan dan keberahian saya. Ternyatanya, cahaya matahari di jalan ini adalah benar.
Oktober telah tiba, dan kini, saya masih dalam perjalanan.

Loh Min Hui

Seorang pelajar sarjana muda di Tsinghua University

 

Lembaga Pengarang Suara-suara Beijing, 2021

Disunting dan diterbitkan oleh | AMSIB

Penasihat | Phuah Chi Ching, Choong Chi Jiong, Lim Yu

Penyelaras | Sherlyn Chin Meijiun

Ketua Editor | Ng Sie Unn, Koo Jing Tang

Wartawan | Jaslyn Tan Boon Bin, Aden Tan Shen Yeh, Ho Ching Ling, Hoo Zi Ning, Ng Zi Wei, Kua Yee Shuen, Lee Jia Rong, Lim Qin Xuan, Song Yee Ting, Gan Jing Wen

Juru Gambar | Sharyl Chow Khye Shien, Chew Chen Yee

Editor Filem | Neoh Ke Wei, Ong Xiang Ying, Song Yee Ting

Editor Seni | Ong Xiang Ying, Tiu Ann Kei

Penterjemah | Chan Zi Qing, Tiu Ann Kei

Tuan Rumah | Aden Tan Shen Yeh, Kua Yee Shuen

Tinggalkan Balasan