Empat tahun ditambah dengan tiga tahun, dari peringkat sarjana muda hingga sarjana, di Beijing.

Topik

2022.01.20

Wartawan | Hoo Zi Ning, Song Yee Ting

Gambar | Pan Yi Sin

Susun atur | Sherlyn Chin Meijiun

Penterjemah | Tiu Ann Kei

Beberapa tahun ini, semakin ramai pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di China, antaranya pelajar yang kini belajar di China memilih untuk mengikuti program pengajian sarjana selepas tamat pengajian. Pan Yi Sin, seorang pelajar sarjana muda dalam Department of Chinese Language and Literature di Peking University, meneruskan pendidikan sarjana dalam Chinese Language and Literature (Folk Language) di Peking University selepas mendapat ijazah sarjana muda dalam Chinese Language and Literature dan National School of Development Economics Double-major Program pada tahun 2019. Mengapakah Yi Sin memilih untuk meneruskan pelajaran di Beijing? Apakah perbezaan antara kehidupan pengajian sarjana muda dan pengajian sarjana di Beijing? Melalui dialog dengan Yi Sin, kami mengungkapkan mereka.

Q: Sebelum memohon program pengajian sarjana dan memulakan kehidupan sebagai pelajar sarjana, apakah bahan-bahan, keupayaan atau persediaan mental yang telah anda buat?

A: Saya membuat keputusan untuk memohon program pengajian siswazah pada semester 1 tahun 3 saya. Pada masa itu, saya masih mempunyai kursus dalam dwi ijazah Economics dan tugasannya agak berat. Saya menanya tutor akademik dan senior tentang maklumat peperiksaan kemasukan sarjana lalu menyenaraikan beberapa siri buku yang diperlukan bagi persediaan peperiksaan kemasukan siswazah. Saya berpendapat bahawa calon perlu menguasai dan memahami kandungan buku serta kandungan lanjutannya sebelum memohon untuk pengajian sarjana supaya mereka boleh membuat persediaan yang lebih baik untuk peperiksaan dan temu duga. Bagi aspek mental, saya tidak terlalu risau semasa membuat permohonan. Kebanyakan pelajar Cina yang mempelajari dalam jurusan dan hanya terdapat minoriti pelajar antarabangsa dalam PhD. Lantaran itu, perkongsian pengalaman dalam memohon program pengajian sarjana yang boleh saya dapat adalah amat terhad. Saya hanya boleh membuat pelarasan secara perlahan-lahan selepas saya memulakan pembelajaran.

Q: Mengapakah anda ingin menerus ke peringkat sarjana selepas pembelajaran sarjana muda sepanjang 4 tahun ?

A: Saya pernah merancang dan berfikir tentang perancangan masa depan saya sebelum menamatkan pengajian ijazah sarjana muda. Idea saya pada masa itu adalah untuk membuat pilihan antara bekerja dan program pengajian sarjana. Selepas pertimbangan, saya rasa pilihan pembelajaran sarjana lebih menyesuai situasi saya sekarang. Sejak tahun kedua, saya meragu sama ada saya harus meneruskan akademik atau bekerja selepas tamat pengajian. Ketika itu, saya masih merendam dalam proses memikirkan isu-isu akademik kepada tesis, tetapi pada masa yang sama saya sentiasa meragui kemampuan akademik saya. Saya malah memikir saya tidak akan lulus dalam peperiksaan kemasukan siswazah. peperiksaan kemasukan (walaupun kemudiannya terbukti bahawa kebimbangan saya terlebih). Justeru, saya menyediakan pelan sandaran untuk diri, iaitu mencari kerja. Namun, berbanding dengan pelajar yang mempunyai perancangan yang jelas dan beberapa pengalaman latihan praktikal (internship), saya benar-benar “nol pengalaman”. Lazimnya, saya berkali-kali menghadapi masalah mencari latihan praktikal (internship) dan pekerjaan. Saya juga menyedari bahawa saya perlu meletakkan lebih banyak usaha ke dalamnya lebih awal daripada yang lain jika saya ingin memasuki masyarakat. Selepas itu, saya masih memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana mengikut minat saya. Selain itu, saya juga berharap saya dapat memperkayakan pengalaman latihan praktikal (internship) saya dalam proses ini untuk membuka jalan kepada diri yang akan memasuki alam pekerjaan pada masa hadapan.

Q: Adakah anda fikir belajar di Beijing adalah pilihan yang baik?

A: Secara peribadi, saya merasa ia bukan pilihan yang baik kerana kebanyakan pelajar antarabangsa tidak dapat memasuki China dalam pandemik ini. Seandainya boleh memasuki negara, ia bergantung pada topik yang anda ingin menyelidiki. Keseluruhan persekitaran dan suasana China adalah lebih sensitif berbanding dengan negara-negara lain. Saya berpendapat ini menyumbang kepada suasana akademik yang kurang terbuka secara tidak langsung, dan perbincangan mengenai topik tertentu juga terhad. Tapi tidak dapat dinafikan bahawa sumber akademik dan peluang universiti di Beijing boleh dikatakan bertaraf dunia. Setiap orang haruslah mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum memilih untuk pergi ke Beijing atau belajar di China.

Q: Apakah universiti lain yang telah anda mohon selain daripada XXX ? Mengapakah anda memilih Beijing (atau universiti tersebut) pada akhirnya?

A: Saya tidak mempunyai banyak pilihan kerana saya belajar XXX di Peking University. Saya amat ingin memohon ke Heidelberg University atau University of Göttingen di Jerman untuk pengajian sarjana. Sebab utamanya ialah tesis tahun akademik dan tesis tamat pengajian saya semuanya berdasarkan “The Grimm’s Fairy Tales”. Saya juga berminat dengan penyelidikan cerita dan penyelidikan silang budaya. Brothers Grimm, editor “The Grimm’s Fairy Tales”, adalah pengkaji sastera rakyat Jerman yang terkenal. Oleh itu, Jerman adalah matlamat yang amat menawan bagi saya yang ingin terus mengkaji cerita dongeng. Namun, saya terlepas waktu permohonannya kerana kesibukan. Akhirnya, saya hanya memohon program pengajian sarjana Peking University. Mujurlah saya berjaya diterima.

Q: Pernahkah anda meragui pilihan anda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Beijing?

A: Pengalaman pembelajaran melalui skrin tidak boleh dibandingkan dengan pembelajaran bersemuka. Jadi, persoalan tentang pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Beijing tidak dapat dielakkan. Dalam beberapa detik, saya malah merasakan bahawa saya mengalami “pembelajaran sarjana yang palsu”. Saya anggap saya seorang yang agak disiplin semasa saya belajar di peringkat sarjana muda di Beijing. Namun, belajar di rumah membuatkan saya kehilangan motivasi. Saya cuba menggunakan pelbagai kaedah untuk menyesuaikan diri, seperti menetapkan matlamat. Saya merasa bahawa matlamat yang ditetapkan tidak boleh terlalu makro dan harus bermula daripada perkara kecil yang perlu diselesaikan setiap hari. Menentukan perkara-perkara yang perlu disiapkan sebelum tidur, dan ‘menolak diri’ sebanyak mungkin.

Q: Belajar di Beijing, belajar untuk ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana. ——Adakah anda rasa ada perbezaan antara kedua-duanya?

A: Berdasarkan pengalaman diri, peringkat sarjana adalah untuk menumpukan perhatian di kelas, mengulang kaji pelajaran dengan teliti, dan kemudiannya menghadiri peperiksaan. Di peringkat sarjana, ia lebih bersifat pembelajaran bebas dan autonomi. Kebanyakan masa, guru akan membenarkan kami membuat keputusan tentang hala tuju penyelidikan, topik dan lain-lain. Ini sangat berbeza daripada tesis yang ditulis semasa di peringkat sarjana muda. Saya masih berada di China semasa tahun 1 peringkat sarjana. Dalam kelas perbincangan, saya sering berasa buku yang saya baca tidak mencukupi, sekurang-kurangnya jauh lebih kurang daripada pelajar Cina yang lain. Oleh itu, berbanding dengan tempoh sarjana muda, tekanan di peringkat sarjana lebih besar.

Q: Bolehkah anda berkongsi dengan kami tentang kesukaran yang dihadapi dalam pembelajaran sarjana di Beijing?

A: Topik yang saya pelajari cenderung kepada topik Barat. Tesis, bibliografi dan juga topik yang dipelajari oleh guru di Peking University kadangkala tidak dapat memberikan saya sumber. Oleh itu, saya kadang kala berasa tidak berupaya apabila memilih topik.

Q: Belajar untuk ijazah sarjana di Beijing, ataupun dikatakan sebagai belajar dari ijazah sarjana muda ke ijazah sarjana di Beijing —— Adakah anda fikir identiti ini akan membantu anda dalam pekerjaan kelak atau pendidikan tinggi selanjutnya?

A: Sebenarnya, saya memilih untuk belajar ke peringkat sarjana ikut minat saya. Saya tidak pernah terfikir bahawa identiti pelajar sarjana di Peking University boleh membantu dalam perkembangan masa depan saya. Jika saya meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak, identiti ini akan menjadi “loceng amaran”, sentiasa mengingatkan saya supaya berpegang pada matlamat dan kepercayaan saya, dan menjadi orang yang layak mendapat gelaran “graduan Peking University”.

Q: Semasa pengajian sarjana muda dan sarjana, adakah perubahan besar dalam kehidupan selain daripada akademik?

A: Semasa kursus sarjana, saya mengambil bahagian dalam pelbagai projek sukarela di negara yang berbeza, seperti sokongan mengajar dan kerja sukarela. Oleh itu, saya berancang untuk mengambil bahagian dalam beberapa projek yang boleh mendekati pembuat keputusan semasa peringkat sarjana. Pada tahun 1, saya telah mengambil bahagian dalam The Harvard Project for Asian and International Relations. Saya mempunyai peluang untuk berbincang tentang topik hak asasi manusia dan hubungan antarabangsa dengan profesor universiti, ahli masyarakat terkenal, pembuat keputusan projek dan lain-lain. Tidak berdaya kerana wabak, saya telah kehilangan banyak peluang pembelajaran.

Q: Semasa anda memohon untuk program pengajian sarjana, adakah ahli keluarga anda memberi nasihat atau galakan kepada anda?

A: Ahli-ahli keluarga saya sangat menghormati keputusan saya. Pada masa itu, mereka juga mengemukakan beberapa pendapat mengenai pilihan profesion. Kebimbangan utama mereka ialah tentang pencarian kerja saya selepas tamat pengajian. Lagipun, sastera rakyat boleh dikatakan sebagai subjek yang agak tidak popular, tetapi akhirnya mereka tetap menghormati minat saya.

Q: Kami tahu bahawa anda juga mempunyai dwi ijazah dalam Economics semasa peringkat sarjana muda. Pernahkah anda terfikir untuk bertukar ke profesion selain daripada XXX, seperti Economics atau Management semasa permohonan?

A: Sebenarnya, saya lebih berminat dalam bidang bahasa dan sastera Cina. Saya fikir saya harus memilih jurusan yang saya minati untuk penyelidikan. Semasa saya memohon untuk penyelidikan, saya juga pernah mempertimbangkan Peking University HSBC School Of Business, tetapi akhirnya saya bertekun untuk mendaftar dalam jurusan XXX. Bagi saya, dwi ijazah dalam Economics adalah harapan saya. Saya berharap dwi ijazah dalam Economics boleh membawa lebih banyak peluang kepada saya pada peringkat pencarian kerja yang akan datang.

Q: Memberikan beberapa cadangan untuk para junior yang ingin menerus ke peringkat sarjana di Beijing.

A: Saya berpendapat bahawa junior harus mempertimbangkan suasana akademik negara tersebut, memahami keadaan negara, sumber akademik sekolah, serta hala tuju penyelidikan tutor sekolahnya dengan lebih mendalam. Dan mengesahkan berulang kali sama ada pelbagai faktor sepadan dengan bidang atau penyelidikan yang diminati .

Lembaga Pengarang Suara-suara Beijing, 2021

Disunting dan diterbitkan oleh | AMSIB

Penasihat | Phuah Chi Ching, Choong Chi Jiong, Lim Yu

Penyelaras | Sherlyn Chin Meijiun

Ketua Editor | Ng Sie Unn, Koo Jing Tang

Wartawan | Jaslyn Tan Boon Bin, Aden Tan Shen Yeh, Ho Ching Ling, Hoo Zi Ning, Ng Zi Wei, Kua Yee Shuen, Lee Jia Rong, Lim Qin Xuan, Song Yee Ting, Gan Jing Wen

Juru Gambar | Sharyl Chow Khye Shien, Chew Chen Yee

Editor Filem | Neoh Ke Wei, Ong Xiang Ying, Song Yee Ting

Editor Seni | Ong Xiang Ying, Tiu Ann Kei

Penterjemah | Chan Zi Qing, Tiu Ann Kei

Tuan Rumah | Aden Tan Shen Yeh, Kua Yee Shuen

Tinggalkan Balasan